Monday, 23 July 2012

TIGA ARTIS MURTAD SIAPAKAH DIA ITU!!!??



Betapa beruntung nya kita menjadi Rakyat Malaysia kerana kerajaan kita menjaga isu Murtad ini sampai sekarang,bayangkanlah jika Pakatan memerintah yang selama ini tidak mengambil berat isu murtad ini tak mustahil anak cucu kita dengan sewenang-wenangnya menukar agama mereka demi mengejar cinta dan duniawi semata-mata,apa yang berlaku di Negara jiran kita harus dijadikan iktibar pada kita supaya mengambil berat isu Murtad ini jangan gadai kan kesucian Agama demi kepentingan politik.

Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.
Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.
Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.
Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.
Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.
Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.
Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.
Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.
"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.
Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.Tapi cuba kita fikirkan Islam mengharamkan Umatnya Murtad jadi kenapa boleh berlaku kenyataan Ulama membolehkan Murtad ini kalau kita tak bendung sekarang nak ker kita menjadi seperti negara jiran kita jadi mari kita fikir2 kan.jika tulisan ini ada menyinggung mana-mana pihak saya pendekar melayu memohon maaf dan bukannya apa hanya menyampaikan isi hati sahaja dan tidak berniat untuk memburukkan sesiapa mahupun Negara jiran kita WALLAHUAAKLAM.......

No comments:

Post a Comment