Sebaliknya kata Fathul Bari, setiap parti, baik pembangkang mahupun kerajaan, memiliki cara tersendiri untuk menegur pemimpin mereka.
"Pas menegaskan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, ya saya setuju tetapi politik yang bagaimana?'
"Politik yang syarie bukannya persepsi, anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik dan sehubungan dengan itu, pemimpin-pemimpin politik tidak boleh meneruskan budaya salah-menyalah antara satu sama lain.
"Jika kita terus salah-menyalah antara satu sama lain, bagaimana (kita boleh) ajar orang muda cara berpolitik yang betul?
"Anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik pada hari ini," kata Fathul Bari pada Debat Sinar Harian
Macam ni baru lah betul walaupun berbeza fahaman politik tapi dari segi agama kita adalah sama,sempena Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama2 ubah cara kita berpolitik,mudah-mudahan perkara yang buruk dapat kita perbaiki dan yang baik kita tambah menjadi lebih sempurna demi memakmurkan Umat Islam di Malaysia agar Agama Islam dipandang mulia dimata penganut agama2 lain agar tergerak hati mereka menghayati Islam seterusnya mereka sudi memeluk agama Islam kita yang mulia ini fikir-fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment