Hari ini kerajaan PR menerima tamparan hebat kerana Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar bersedia meneruskan air percuma dan berjanji ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
"Kalau sekarang Pakatan Rakyat beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini hari ini.
Beliau berkata, BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya. menurut kata Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar
No comments:
Post a Comment