Friday, 20 July 2012

BENARKAH ELEMEN JI MUNCUL DLM PEMBANGKANG?






Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,pendedahan Cawangan Khas Bukit Aman mengenai pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis cuba meresapi parti pembangkang dan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13, maklumat itu mungkin diperoleh daripada badan atau agensi perisikan antarabangsa dan sangat sensitif serta tidak boleh dikongsi dengan orang ramai sehingga selesai siasatan.


Beliau berkata, walaupun tidak dapat mengesahkan maklumat tersebut pihaknya percaya perkara itu masih terkawal dan akan ditangani Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Setakat ini, saya tidak terima maklumat berhubung kaitan ini (JI dengan parti pembangkang). Jadi, saya tidak boleh katakan ia benar kerana perkara ini sensitif," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.



Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
 
"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
 
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
 
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.



Terdahulu, dua komponen PR iaitu Pas dan PKR mencabar polis menunjukkan bukti jika benar parti-parti politik pembangkang diresapi pengganas JI dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis, yang cuba menjadi calon PRU13.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bimbang kenyataan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam "bertujuan jahat" ke atas pembangkang menjelang PRU13.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin sokongan kepada PR khususnya Pas, yang dinamakan secara langsung dalam kenyataan semalam, tidak akan terjejas.

"Saya minta tunjuk bukti kalau benar dalam Pas ada orang seperti ini seperti yang didakawa oleh Datuk Mohd Sofian.

"Kami bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan ketika menjelang pilihan raya untuk mengelirukan rakyat... kenyataan yang berniat jahat," kata beliau ketika dihubungi.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mencabar PDRM mengeluarkan bukti jika benar wujud elemen-elemen sedemikian.Jadi kita tuggu sahaja apa cerita selanjutnya selepas siasatan ni selesai dan jgn terburu-buru membuat keputusan.Sekian.........

No comments:

Post a Comment