Friday, 31 August 2012

NIAT NAK LAKSANA HUDUD.HANYA NAK PANCING UNDI UMAT ISLAM


ARKIB : 28/08/2012

Tidak bersungguh punca hudud gagal dilaksana di Kelantan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan melaksana hukum hudud sehingga kini adalah disebabkan tiada tanda-tanda kerajaan negeri itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat tersebut khususnya dalam bidang perundangan.

Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berdasarkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong dalam nota diskusi Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan bertarikh 3 Oktober 1996.

Menurut beliau, Wan Abd. Muttalib dalam nota itu serta nota perakuan Lujnah Panel Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat ke atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 turut memperakukan enakmen yang merangkumi hukum hudud, qisas dan takzir adalah terpelihara mengikut syarak dan tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, apa perlunya pemimpin-pemimpin UMNO dipersalahkan. Apa perlunya Perlembagaan dipersalahkan ekoran kegagalan Kelantan melaksanakan hukum hudud?

"Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas sendiri telah memutuskan sejak 1 Oktober 1994 bahawa hukum hudud adalah undang-undang sah dan boleh dikuatkuasakan kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Ibrahim tampil menjelaskan perkara itu memandangkan setiap kali timbul persoalan kegagalan Pas melaksanakan hukum hudud alasan diberikan pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kerana halangan daripada kerajaan terutamanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ibrahim berkata, dalam nota diskusi itu juga Wan Abd. Muttalib ada menyebut kerajaan Kelantan sendiri tidak pernah membuat permintaan kepada Pas Pusat (Lujnah Panel Penasihat Undang-Undang dan Guaman) untuk mendapatkan pandangan berhubung perkara tersebut.

"Saya juga belum melihat kerajaan Kelantan mengemukakan rangka kerja ke arah pelaksanaan syariat itu," katanya.

Menurut Ibrahim, beliau turut menerima salinan nota peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas bertarikh 18 April 1998 yang antara lain mengandungi persoalan dikemukakan Wan Abd. Muttalib mengenai persediaan Kelantan melaksanakan undang-undang Islam.

"Dalam peringatan mesyuarat itu, Wan Abd. Muttalib bertanya mengapa ia belum dilaksanakan sedangkan mereka berkuasa," katanya.

Menurut Ibrahim, bersandarkan bukti-bukti yang diperoleh itu jelas menunjukkan Pas tidak mempunyai masalah melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

"Mereka yang sebenarnya tidak mahu melaksanakan hukum ini kerana mereka sendiri tidak mampu menjalankannya.

"Bagi saya hentikanlah perangai menyalahkan orang lain. Jangan salahkan kerajaan Pusat, jangan salahkan UMNO, jangan salahkan Tun Mahathir sebaliknya salahkan diri sendiri.

"Hakikatnya, Pas sendiri tidak berniat dan tidak mampu melaksanakan hukum Allah ini," katanya.
 — 

Friday, 17 August 2012

PENYOKONG PAKATAN BUKA SELUAR DITEMPAT AWAM


perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.Polis sedang menyiasat penganjur perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi yang menarik kira-kira 10,000 orang.Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur jenayah siasatan Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
 pihak polis akan terus menyiasat mereka di bawah Akta tersebut.
Malam tadi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin
Ahmad berkata polis akan “menyiasat kemudian” sama ada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak.
Pak Samad yang merupakan Sasterawan Negara, membaca
sajaknya ‘Janji Demokras’ di dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak kurang 500 meter dari Dataran Merdeka.
SEMOGA PERKARA INI TIDAK BERULANG.........

Sunday, 5 August 2012

Pembangkang Kaki Fitnah,Kan Dah Kantoi Menipu !!!



Korang tengok gambar diatas nih.. Gambar ni aku ambik disalah satu wall fecebook cai2 Pakatan yang juga merupakan pentaksub Al-juburi

Kononnya.., Najib dan Rosmah pelahap dan boros berbuka puasa dengan juadah yang penuh satu meja..

Punyalah dia suka bila dapat maki Najib dan Rosmah beb.. Sampai dia tak sedar bahawa dia sedang buat fitnah ke atas pemimpin negara tu..

Tapi cuba korang tengok gambar bersebelahannya... Yang ni adalah gambar sebenar sebelum di edit oleh cai2 pas yang langsung tak punyai nilai2 murbi dan mereka mempunyai nafsu2 binatang

Heran betul pendekar., puak-puak PAS ni bulan puasa pun dorang sanggup buat fitnah.. Dalam agama Pas, buat fitnah tu untuk dapat pahala ker tapi biasalah klu org dah terlampau taksub beginilah jadinya heehee budaya inilah yang diajar oleh fulamak-fulamak PAS pada masa kini iaitu sanggup menginiaya pemimpin yang sangat berhasa pada rakyat

Penjelasan serba sedikit mengenai masalah AIR di negeri Selangor..


1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.

2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.
3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti.

Latar Belakang

4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.
5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.
6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.
7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.
8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan.

Krisis Air

9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.
10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa
11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.
12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.
13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.
14. Permohonan telah dibuat oleh Syabas dan sudahpun diluluskan oleh kerajaan pusat tetapi belum diluluskan oleh kerajaan negeri sehingga kini. Untuk membolehkan loji baru dibina memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri.

Menjawab Spekulasi

Kenyataan I :

“Air di empangan tinggi, mana ada masalah air!”

Jawapan :

Air di empangan memang tinggi, tetapi masalah bukan bekalan air mentah, tetapi air terawat. Analogi mudah; sebuah ladang lembu mempunyai 5,000 ekor lembu tetapi tukang sembelihnya hanya ada seorang. Kemampuan untuk mengeluarkan daging ke pasaran terletak kepada tukang sembelih dan bukannya berapa banyak lembu yang ada.

Kenyataan II :

“Sepanjang tahun hujan, bekalan air mesti mencukupi!”

Jawapan :

Sekali lagi jawapan adalah sama seperti sebelumnya iaitu masalah bekalan air terawat. Dan tambahan lagi, sekiranya hujan lebat, loji tidak akan mampu memproses air tersebut kerana faktor kekeruhan yang tinggi. Pam loji akan rosak kerana kandungan lumpur yang terlalu tinggi untuk diproses sehingga memaksa loji perlu ditutup.

Kenyataan III :

“Kita akan menggunakan air lombong!”

Jawapan :

Masih lagi jawapan yang sama! Air lombong sekalipun, air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu dan perlukan loji untuk merawat.

Kenyataan IV :

“Syabas menangguhkan bayaran kepada loji sebanyak RM 2 billion untuk mencipta krisis air!”

Jawapan :

Loji ini sudahpun beroperasi pada tahap 121%. Dan semua air yang diproses dijual terus kepada Syabas. Tangki 4 iaitu di Balakong yang boleh memuatkan 4 MG habis digunakan. Apabila air di tangki tersebut sudah mencapai tahap 3-4 inci ataupun setinggi buku lali, tangki tersebut tidak lagi mempunyai tekanan yang cukup untuk menyalurkan air ke isi rumah. Setiap kali air sampai ke tangki 4 ini, habis terus digunakan.

Kenyataan V :

“Kerajaan BN berpakat dengan Syabas untuk tutup bekalan air untuk mencipta krisis air!”

Jawapan :

Sekiranya benar, maka loji air tersebut tidak perlu untuk memproses air pada tahap 121% keupayaan. Loji-loji air yang sedia ada sudahpun beroperasi lebih daripada kadar yang sepatutnya. Jika benar Syabas tutup bekalan air, maka melimpah-limpahlah air di setiap tangki simpanan air yang ada di seluruh Selangor.

Penyelesaian :

1. Cara penyelesaian yang terbaik adalah dengan membina lebih banyak loji-loji rawatan air si sekitar Selangor.
2. Syabas sudahpun menasihatkan kerajaan negeri 3 tahun yang lalu tentang krisis air yang akan berlaku.
3. Loji Rawatan Air Langat 2 tidak perlu dipolitikkan oleh PKR dan perlu dibina segera untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pentingkan rakyat dan bukannya politik parti sahaja.
4. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor perlu faham dengan jelas krisis air yang dihadapi dan bukannya bercakap dengan sembrono sahaja.
5. Mengikut pandangan profesional dari Puncak Niaga sendiri, sekiranya keadaan ini tidak berubah dan tiada tindakan selanjutnya diambil, Selangor secara keseluruhannya akan mengalami masalah krisis air ini dalam tempoh 10-12 bulan lagi.
6. Masalah bukan tentang air banyak di empangan, tetapi air terawat yang dikeluarkan oleh loji.